TEKNIK MENULIS ULASAN
(BAHAGIAN C)
Membaca
arahan dan faham perkara yang hendak diulas (NILAI/ PENGAJARAN/AMALAN BAIK/
FAEDAH
Baca
bahan bacaan yang disediakan.Bahan bacaan mungkin berupa;
Teks Cerita – Pantun – Sajak – Syair – Teks Dialog
….dll
Gariskan
perkataan yang menggambarkan nilai, amalan baik, faedah dan pengajaran
dalam bahan bacaan.
Ayat
nilai, pengajaran/ amalan baik, faedah yang terdapat dalam petikan hendaklah di
TAFSIR.
Panduan
bina ayat :
Kita .... mesti/ patut/ hendaklah/
perlu/ harus...+ TAFSIRAN + HURAIAN
HURAIAN
mesti ada kaitan dengan cerita dalam petikan
Tulis
ulasan dalam satu perenggan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Ulasan yang jelas dan tepat.
Menggunakan ayat yang gramatis.
Mengarang
ulasan menggunakan ayat yang dibina sendiri. Jangan meniru ayat atau frasa dalam teks
Jika
sikap negatif, tukarkan kepada positif.
Penggunaan Penanda Wacana digalakkan
AKU - Antaranya,…
SERONOK - Seterusnya,…..
DAPAT - Di samping itu,…..
SEMUA - Selain itu,……
A - Akhirnya,….
Bahagian C
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan
Ibu menyuruh Amran pergi ke kedai
untuk membeli barang. Meskipun dia sedang mengulang
kaji pelajaran pada masa itu, dia
tidak membantah. Dia terus pergi ke kedai. Sungguhpun mempunyai
basikal, namun dia lebih gemar berjalan
kaki kerana ingin mengekalkan
kecergasannya. Dia merupakan atlet olahraga sekolah. Amran tidak pernah
cuai ketika di jalan raya.
Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu lintas.
Sewaktu hendak melintas, Amran ternampak seorang lelaki
tua yang ingin melintas jalan. Dia berasa amat kasihan melihat orang tua itu. Dia memimpin tangan lelaki
itu menyeberang jalan itu bersamanya. Selepas itu, dia terus ke kedai untuk
membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu. Amran memastikan semua barang yang dipesan telah dibeli.
Setelah selesai, dia terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada
ibunya. Ibu Amran mengucapkan terima
kasih kepadanya. Amran berasa gembira kerana dapat membantu ibunya.
Kata Nama
|
Kata Bantu
|
Nilai/Pengajaran
|
Contoh/Huraian
|
Kita
|
hendaklah
|
rajin belajar
|
Mengulangkaji pelajaran setiap hari di rumah
|
Kita
|
mestilah
|
taat perintah
|
Ibu dan bapa yang memelihara kita.
|
Kita
|
perlulah
|
melakukan latihan fizikal
|
seperti Amran berjalan kaki dan tidak mahu berbasikal ke kedai.
|
Kita
|
patutlah
|
berhati-hati di jalan raya
|
dengan mematuhi peraturan seorang pejalan kakii
|
Kita
|
haruslah
|
prihatin membantu
|
orang tua melintas jalan supaya selamat
|
Bahagian C
Tulis
lima
pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.
6.00 pagi
Saya bangun pagi seperti biasa.
Selepas
mandi, saya menunaikan solat
subuh dan
mengemaskan tempat tidur sebelum bersiap pergi ke sekolah.
6.45 pagi
Saya bersarapan bersama-sama keluarga.
Saya membasuh
pinggan dan cawan yang
telah digunakan. Saya tidak lupa bersalaman
dengan
ibu bapa sebelum pergi ke sekolah.
7.00 pagi
Saya menaiki basikal ke sekolah.
Biasanya saya berbasikal dengan
rakan-rakan
yang lain. Kami sentiasa berhati-hati
ketika di jalan raya.
7.30 pagi
Saya ada rakan-rakan beratur sebelum masuk ke kelas. Rakan-
rakanku yang bertugas
sedang bertungkus-lumus membersihkan kelas.
7.45
pagi Kami bangun memberi salam
apabila guru masuk ke dalam kelas.
Kami
sentiasa
menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan menjaga
tingkah laku agar tidak mengganggu pengajaran guru.
10.30 pagi Selepas
menikmati sepinggan nasi lemak dan segelas air, saya ke
perpustakaan untuk membaca buku.
Hari ini, saya memilih buku cerita
untuk
dipinjam selama seminggu.
1.00
petang Saya segera pulang ke rumah
kerana pada pukul 3.00 petang, saya
akan mengikuti
kelas mengaji al-Quran.
|
Kata nama
|
Kata bantu
|
Nilai/pengajaran
|
Huraian
|
Kita
|
mestilah
|
||
Kita
|
perlulah
|
||
Kita
|
hendaklah
|
||
Kita
|
haruslah
|
||
Kita
|
patutlah
|
Bahagian C
Tulis
lima
nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu
perenggan.
Safina : Ibu, kelas saya akan melawat rumah orang
tua, tidak lama lagi. Boleh saya
ikut?
Ibu : Bilakah lawatan itu, apakah
tujuannya?
Safina : Hari Sabtu depan. Lawatan itu bertujuan melihat lebih dekat
kehidupan dan
nasib orang tua yang tinggal di
Ibu : Baiklah Safina, ibu benarkan. Setidak-tidaknya lawatan kamu dan kawan-
kawan nanti dapat menghiburkan hati
dan perasaan sedih mereka.
Safina : Saya hendak membawa makanan dan
buah-buahan sebagai buah tangan, ibu.
Ibu :
Kalau begitu, baguslah. Kita
mesti membantu mereka atau orang susah yang
lain. Bantuan diberi tidak semestinya
berbentuk wang ringgit, tetapi apa
sahaja asalkan dapat membantu
mereka.
Safina :
Kenapa mereka tinggal di sana, ibu?
Ibu :
Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, keluarga dan sanak-saudara.
Safina :
Saya dengar dalam kalangan mereka ada anak yang berjawatan tinggi.
Ibu :
Betul. Ada anak menghantar ibu
bapa mereka ke sana kerana tidak mahu
menjaganya. Perbuatan itu salah, Safina. Kita sepatutnya membalas jasa
dan pengorbanan ibu bapa yang
membesarkan kita dengan penuh kasih
sayang. Hairan, ibu bapa
dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh
orang anak tidak dapat
menjaga seorang ibu atau bapa.
|
Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh
daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Arif dan Aiman baru balik dari
perpustakaan awam. Mereka menunggu bas
di perhentian bas. Tatkala itu, mereka terpandang seorang wanita tua sedang
menuju ke arah perhentian bas sambil menjinjing banyak barang.
Arif
bangun lalu memberikan tempat duduk kepada wanita tua itu. Wanita tua itu
mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum.
Wanita tua itu menjelaskan bahawa dia hendak pergi ke rumah anaknya.
Secara kebetulan rumah anaknya berhampiran dengan rumah Aiman dan Aiman
mengenalinya. Anak wanita tua itu
merupakan seorang yang peramah dan dihormati oleh penduduk setempat.
Apabila
bas tiba, mereka membantu membawa barang-barang wanita tua itu. Sebagai tanda
terima kasih, Wanita tua itu telah membayarkan tambang Arif dan Aiman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan