RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : 6 Cerdas
Bilangan Murid           : 43 Orang
Tema                           : Kebudayaan
Tajuk                           : Perayaan di Malaysia
Tarikh                          : 9 Mei 2012
Masa                            : 60 minit

Objektif                       : Pada akhir pelajaran murid dapat ;
i.                    Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan dengan perayaan
ii.                  Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
iii.                Membina lima ayat berpandukan gambar bersiri
iv.                Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita.
Hasil Pembelajaran :
1.1 Aras 1 (i) Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan dengan sesuatu topik.
5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan,rangkai kata, ayat tunggal, dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul

8.1     Aras 1 (i) Menulis pelbagai jenis ayat

11.3 Aras 2 (i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sesebuah karya
sastera.

Kemahiran Bahasa   : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar
Sistem Bahasa            : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi
Ilmu                            : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai                            : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir  : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
                                     mengkategori
Kemahiran Belajar   : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan
Kecerdasan Pelbagai            : Kinestetik,Intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada       : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan   cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat
 mudah

BBB                            : Power point, buku latihan dan alat tulis,video


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Murid ditayangkan video yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.
Set Induksi (5minit)

i)Murid diminta untuk melihat paparan video dan menghayatinya.
ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka.
iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.

KB : menghubungkankait, inferens.
BCB : menonton dengan aktif.
BBB : video /power point


Guru menerangkan perbezaan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia melalui power point.
Langkah 1 (5 minit)

i) murid-murid dikehendaki memberi tahu tentang pengetahuan mereka berkaitan perayaan.
ii)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.
iii)Guru menerangkan kepada murid.
iv)bersoaljawab dengan murid
KB : membuat inferens
BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat
BBB : gambar- power point.


Guru menunjukan gambar bersiri tentan perayaan-perayaan di Malaysia melalui power point.
Langkah 2 (15 minit)

i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.
ii) bersoaljawab dengan guru.
iii)berbincang tentang gambar yang ditunjukkan melalui power point.
iv)murid menamakan perayaan-perayaan berpandukan gambar.
v) murid membina 5 ayat berpandukan gambar dan maklumat yang telah dicatatkan.
KB : membuat inferens
BCB : i) memproses maklumat dan melaporkan maklumat ii)mendengar dengan aktif
BBB : gambar bersiri power point.

Guru memberi teks cerita melalui power point.
Langkah 3 (15 minit)

i) murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.
ii) murid diminta membaca petikan.
iii) perbincangan nilai yang terdapat dalam petikan.
vi)murid diminta menulis lima nilai yang dapat diperoleh daripada petikan yang ditunjukkan.
iv)murid dikehendaki membuat ringkasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
v) perbincangan hasil ringkasan yang dibuat bersama guru.
vi) pembetulan hasil tugasan.
KB : membuat inferens
BCB : i)membeca dengan intonasi yang betul.
BBB : teks cerita power point.

Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.
Langkah 4 (15 minit)

i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan
iii)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka.

Tatabahasa : Imbuhan meN-
a)      Menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan meN- berpandukan petikan.
b)      Bina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan imbuhan meN- tersebut.

iv) kerja rumah

KB : menghubungkaitkan, menjana idea
BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat
KP :Menghubung kait,menjana idea, intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat-menghormati
BBB : power point.
TB: imbuhan meN-

Penutup
Langkah 5 (5 minit)

i) murid merumus isi pelajaran dan nilai murni
ii)murid boleh melayari laman web bahasa Melayu http://bahasamelayuskrendah.blogspot.com/
untuk maklumat selanjutnya.
iii) murid juga boleh menghantar jawapan melalui e-mail guru :
          1) azunaabdullah73@gmail.com
          2) norashikinhamid22@yahoo.com
          3) eyra_ayra173@yahoo.com
          4) munirohmahmud@yahoo.com
          5) pisanajulia82@yahoo.com

KB : merumus









Tiada ulasan:

Catat Ulasan